ABSTRAK





Hanita bt. Ghazali
Asniza bt. Jamaluddin
Erny Julia bt. Abdullah Kamal

                                                                                 
                                     GAMBAR KIT TRANSLASI (SINTESIS PROTEIN)
                                                                       



Kit Translasi (Sintesis Protein) dilaksanakan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan membantu pelajar mengingat tentang proses translasi dalam sintesis protein.Kumpulan sasaran ialah pelajar modul 1 PDT seramai 13 orang, iaitu kelas D15M1T5. Pelajar menggunakan Kit Translasi (Sintesis Protein) ini di dalam kumpulan kecil dan pensyarah bertindak sebagai fasilitator.Berdasarkan markah Ujian Pra dan Ujian Pos, dilihat wujud peningkatan kefahaman pelajar dan melalui sesi temubual juga pelajar dilihat gembira dan berpuas hati dengan Kit Translasi (Sintesis Protein) ini. Kesimpulannya, pelajar dapat memahami dan menerangkan dengan lebih baik proses translasi dalam sintesis protein.

No comments:

Post a Comment