Hanita bt. Ghazali
Asniza bt. Jamaluddin
Erny Julia bt. Abdullah Kamal
GAMBAR KIT TRANSLASI (SINTESIS PROTEIN)
Kit
Translasi (Sintesis Protein) dilaksanakan bagi
membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan membantu pelajar mengingat tentang
proses translasi dalam sintesis protein.Kumpulan sasaran ialah pelajar modul 1 PDT
seramai 13 orang, iaitu kelas D15M1T5. Pelajar menggunakan Kit Translasi
(Sintesis Protein) ini di dalam kumpulan kecil
dan pensyarah bertindak sebagai fasilitator.Berdasarkan markah Ujian Pra dan
Ujian Pos, dilihat wujud peningkatan kefahaman pelajar dan melalui sesi
temubual juga pelajar dilihat gembira dan berpuas hati dengan Kit Translasi
(Sintesis Protein) ini. Kesimpulannya, pelajar dapat
memahami dan menerangkan dengan lebih baik proses translasi dalam sintesis
protein.